Pengenalan
Pada penghujung bulan
Oktober lalu, media sosial negara digegarkan dengan isu pengharaman vape.
Berikutan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr
S. Subramaniam pada hari Rabu 28 Oktober mengatakan ‘Kerajaan akan
mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape dalam
masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan pengguna’
(Utusan.com, 2015). Ramai pengguna vape nyata kecewa dengan pengumuman tersebut
dan telah menzahirkan kekecewaan mereka secara terus di media sosial mahupun
cakap-cakap di café dan warung mamak tentang pengharaman vape. Tidak kurang
juga, ada di kalangan warga negara yang menyokong saranan oleh Menteri
Kesihatan sebagai satu usaha yang munasabah kepada kempen cara hidup yang sihat
(VaporMalaysiaOpenGroup, 2015). Namun begitu, pengguna vape menarik nafas lega
apabila pada 30 Oktober lalu kabinet memutuskan untuk tidak mengharamkan
penjualan rokok elektronik atau vape. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi
status di Facebooknya (FreeMalaysiaToday.com, 2015).
Definisi Vape bermula
sebagai singkatan wap atau menguap. Menurut OxfordDictionaries.com, (2015)
pentakrifan vape sebagai suku kata ditambah pada Ogos 2014: kata kerja yang
bermaksud "untuk menyedut dan menghembus nafas wap [sic] yang dihasilkan
oleh rokok elektronik atau peranti yang serupa" manakala kedua-dua peranti
dan tindakan itu boleh juga dikenali sebagai vape. Kata nama vaping berkaitan
juga disenaraikan. Vape bukan lah benda yang baru. Sebelum vape muncul, ia
lebih dikenali sebagai e-cigarettes atau rokok elektronik (e-rokok) atau di
kalangan pengkaji barat dikenali sebagai ENDS (Electronic Nicotine Delivery
System). Menurut Rahman et al., (2015) menyatakan ‘konsep e-rokok mula dipatenkan pada tahun 1965 oleh
Herbert A Gilbert (Gilbert, 1965). Tetapi penciptaan semula e-rokok pada abad
ke 21 diperkenalkan oleh Encik Hon Lik, seorang ahli farmasi Cina (Kcancer,
2010). Peranti ini mula diperkenalkan kepada pasaran domestik China pada Mei
2004 sebagai alat sokongan untuk berhenti rokok. Kemudian eksport bermula pada
2005-2006, sebelum paten antarabangsa pada tahun 2007.
Terdapat pelbagai jenis
vape yang boleh didapati di pasaran negara kita. Vape dibahagikan kepada
beberapa komponen untuk membolehkan ia berfungsi. Komponen vape terdiri
daripada Battery sebagai sumber kuasa, Microprocessor untuk mengawal suhu,
Sensor untuk mengesan sedutan perokok, Heater untuk pemejalwapan nikotin dan
akhir sekali Cartridge untuk menyimpan cecair nikotin. Bagi penggunaan cecair
nikotin pula ia boleh didapati dalam pelbagai jenis perisa yang ditambah (lebih
dikenali sebagai e-jus). E-jus terdiri daripada larutan bahan kimia makanan
seperti nikotin (mengikut jenama ada yang menggunakan 12mg, 9mg, 6mg, 3mg dan
0mg nikotin), propylene glycol, vegetable glycerine dan perasa makanan atau
minuman. Untuk pasaran Malaysia tiada unsur pengawet yang ditambah, namun untuk
e-jus yang di import ada sesetengahnya mengandungi unsur pengawet (VaporMalaysiaOpenGroup,
2015).
i. Huraian Tentang
Subbudaya
Vape telah menjadi fenomena
antarabangsa. Kesan budaya menghisap vape bukan sahaja berlegar di kalangan
masyarakat negara kita sahaja, malah ia boleh dikesan berada di hampir di
setiap pelosok dunia. Ada sesetengah berpendapat, vape berpotensi untuk muncul
sebagai subbudaya baru dalam masyarakat Malaysia. Apakah subbudaya? Menurut
Pastarmadzhieva, (2012) Subbudaya bermula sebagai satu konsep antropologi dan
sosiologi tetapi kini ia digunakan untuk fenomena politik dan pengurusan.
Kepentingan dalam kajian subbudaya dalam bidang sains semakin meningkat dan
jumlah kerja-kerja mengenai topik yang sedang berkembang dalam sains sosial,
politik dan pengurusan. Subbudaya adalah istilah yang diimport dalam ilmu
politik (1). Ia tidak mempunyai definisi yang bersatu dan pelbagai kelaziman
boleh didapati di kalangan kajian politik. (2). Satu lagi kesilapan yang
dilakukan ialah penggunaan istilah yang tidak terhad hanya kepada pandangan
subbudaya sosial yang popular tetapi juga sebagai subbudaya yang bertentangan.
Seorang pengkaji sosial
dari barat Yinger, (1960) telah melakukan kajian yang lebih dalam lagi bagi
mencari maksud sebenar subbudaya ke atas masyarakat Amerika Syarikat melalui
artikelnya yang bertajuk "Contraculture and Subculture" . Beliau
menyatakan, kerja-kerja sosiologi pada masa itu menggunakan konsep subbudaya
yang cukup meluas untuk menganalisis kenakalan, remaja, perbezaan rantau dan
kelas, kaum-kaum, gaya pekerjaan, dan lain-lain. Untuk menjelaskan penggunaan
konsep subbudaya lebih 100 kajian di rujuk semula dan beliau mengenal pasti
tiga makna utama subbudaya.
Maksud pertama subbudaya
merujuk kepada kecenderungan tertentu universal yang seolah-olah berlaku dalam
semua masyarakat. Dalam subbudaya pengertian ini digunakan sebagai “fenomena
pan-manusia yang seolah-olah berlaku di mana-mana’’. Pemahaman subbudaya
dieksploitasi dalam beberapa karya-karya antropologi, tetapi ia adalah sangat
terkebelakang dan Yinger mengecualikan daripada pertimbangan masa depan dan
mencadangkan menggantikannya dengan istilah
"pra-budaya".
Maksud kedua subbudaya menurut Yinger, merujuk
kepada sistem normatif kumpulan lebih kecil daripada masyarakat besar.
Penekanan diberikan kepada cara berbeza kumpulan dalam perkara-perkara seperti
bahasa, nilai, agama, diet dan gaya hidup dari masyarakat yang lebih besar
kepada masyarakat yang lebih kecil. Beliau menambah, wilayah etnik dan rantau
dirujuk pada perkara yang paling biasa tetapi beberapa penulis menggambarkan
subbudaya ialah sebagai satu kumpulan yang lebih kecil lagi, termasuklah
“kumpulan persahabatan tertentu". Beliau merumuskan bahawa kepelbagaian
jenis subbudaya boleh menjadi banyak kerana mereka boleh dikenal pasti kepada
banyak penyebab tetapi Yinger menyatakan ini tidak menjadi masalah.
Bagi maksud ketiga
subbudaya pula, menurut Yinger adalah berkaitan konfrontasi antara budaya utama
dan kumpulan. Selalunya kumpulan seperti itu dikenali sebagai subbudaya konflik
dengan masyarakat yang lebih besar. Yinger mentakrifkan penggunaan ketiga
subbudaya ialah "timbul satu posisi yang menonjol sebagai satu siri
hubungan yang dinamik di antara norma dan personaliti: Terciptanya siri
songsang atau lawan nilai (berbeza dengan masyarakat sekeliling) untuk berdepan
dengan siri kekecewaan yang serious atau konflik". Penggunaan istilah ini
merangkumi dimensi sosial-psikologi sebagai tambahan kepada norma. Menurut
Yinger untuk melihat unsur budaya dalam tingkah laku delinkuen (tingkah laku
yang jahat) adalah satu langkah ke hadapan dalam menjelaskannya . Sudah tentu
beliau mengingatkan bahawa ia adalah penting untuk melihat juga aspek-aspek
bukan budaya. Beliau mencadangkan definisi subbudaya yang ketiga dipanggil
sebagai contraculture (budaya bertentangan), sambil menambah "di mana
sistem normatif kumpulan yang mengandungi elemen utama berkonflik dengan
nilai-nilai seluruh masyarakat, di mana norma mereka boleh difahami dengan hanya
merujuk kepada hubungan kumpulan tersebut kepada seluruh budaya dominan
masyarakat sekitar.
Untuk mentakrifkan ‘Adakah
vape sudah menjadi subbudaya dalam konteks masyarakat Malaysia?’ Ketiga-tiga
definisi Yinger mungkin boleh diterima dengan cara, vape adalah sebagai satu
cabang budaya yang sangat kontra kepada majoriti rakyat Malaysia yang tidak
merokok. Kedua vape merupakan satu kumpulan kecil dari kalangan perokok biasa,
perbezaan budaya vape dengan budaya perokok tradisional ialah mereka tidak lagi
menggunakan tembakau yang dibakar untuk mendapatkan kesan nikotin dan cuba
beralih cara pengambilan nikotin. Akhir sekali masyarakat perlu menerima
kewujudan vape sebagai satu subbudaya kumpulan perokok baru, memandangkan ia
telah menjadi “fenomena pan-manusia yang seolah-olah berlaku di mana-mana”
walaupun ia bukan lah satu budaya yang setiap rakyat Malaysia terima dan
lakukan.
ii. Pengaruh vape
dari aspek sosial dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.
Kajian mengenai kesan
pengaruh vape kepada aspek sosial dalam kehidupan rakyat Malaysia masih lagi
kurang dilakukan. Di mana sumber rasmi penggunaan vape di kalangan rakyat
Malaysia masih tidak boleh diperoleh secara tepat. Kajian secara perbandingan
populasi rakyat Malaysia dan Amerika agak kerap dilakukan seperti kajian vape
di laman sosial, journal, majalah dan media masa. Oleh itu, kesan gangguan asap
vape boleh dianggap sama seperti kesan gangguan asap rokok terhadap aspek
sosial dalam kehidupan masyarakat di Malaysia, namun untuk menilai kesan
kandungan kimia asap vape kepada orang kedua dan keseluruhan fungsi vape
berbanding rokok tembakau masih perlu diperdebatkan dan dikaji lagi. Tambahan
pula mekanisme fungsi vape tidak sama dengan shisha dan rokok tembakau di mana
vape memanaskan cecair nikotin manakala shisha dan rokok tembakau perlu dibakar
untuk mendapatkan nikotin.
Menurut Perez, (2015)
melalui data yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
Amerika dan Georgia State University dari tahun 2010 hingga 2013, pengguna
e-rokok di kalangan orang dewasa telah meningkat 2 kali ganda. Terdapat lebih
daripada 20 juta orang dewasa Amerika telah mencuba e-rokok sekurang-kurangnya
sekali. Manakala penggunaan e-rokok di kalangan pelajar sekolah tinggi telah
meningkat daripada 4.5% pada tahun 2013 kepada 13.4% dalam tahun 2014. Selain
itu, ¼ daripada 1 juta remaja yang tidak pernah merokok telah mencuba vape pada
tahun 2013. Manakala kajian yang dilakukan oleh Al-Delaimy et al., (2015) ke
atas pecahan populasi jantina, bangsa dan kekerapan menghisap rokok di Amerika,
didapati wanita, bangsa kulit putih dan perokok harian adalah pengguna vape
yang tertinggi di negara tersebut.
Melalui pemerhatian rambang
di laman sosial dan e-forum beberapa kumpulan vape di Facebook.com golongan
remaja dan dewasa didapati menjadi kelompok terbesar di dalam penggunaan vape
di Malaysia. Mengikut pecahan kaum pula, bangsa Melayu menjadi penghisap vape
yang teramai. Manakala nisbah jantina pula menunjukkan lelaki mendominasi
penggunaan vape berbanding wanita. Namun apa yang memeranjatkan, berlaku
peningkatan penggunaan dan pembelian vape di kalangan wanita dan kanak-kanak.
Ini mungkin disebabkan oleh vape di spekulasi kan sebagai cara selamat untuk
mengambil nikotin dan dilihat sebagai trend golongan muda terkini. Selain itu,
terdapat pelbagai variasi dan aksesori vape yang menarik golongan wanita dan
kanak-kanak untuk memiliki vape ini (VaporMalaysiaOpenGroup, 2015).
Namun, untuk pengguna vape
di kalangan orang dewasa pula terdapat konflik atau perspektif dalam mentafsirkan
tingkah laku sosial mereka. Pertama: mereka sering dilihat sebagai pengguna
yang tidak berdisiplin kerana melepaskan asap wap vape tanpa menghiraukan
perasaan dan mengganggu orang sekeliling. Mereka juga sering dilihat melepaskan
asap wap vape di kawasan-kawasan larangan merokok seperti lif, tandas awam,
kedai makan, hentian bas, di dalam teksi, premis kerajaan dan kawasan
berdekatan hospital. Manakala pengguna dewasa yang tidak pernah merokok, telah
mula beralih kepada budaya menghisap vape kerana pengaruh kawan-kawan (dikenali
sebagai penghisap vape sosial). Ini sangat bertentangan dengan kempen ‘Tak Nak’
yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak tahun 2009 dalam membendung budaya
merokok tegar di kalangan rakyat Malaysia (Jabatan Penerangan Malaysia, 2015).
Untuk perspektif Kedua:
Vape telah mengubah cara hidup kotor perokok tembakau kepada yang lebih bersih
dan boleh diterima oleh sesetengah masyarakat. Pengguna vape secara elektronik
dan dalam bentuk set peralatan membuatkan vape mesra kepada kebersihan. Tidak
seperti kotak rokok tembakau yang akan dibuang setelah kosong, vape tidak akan
dibuang setelah habis digunakan. Pengguna vape boleh mengisi semula kandungan
nikotin sekiranya sudah habis atau kering dengan cara menung semula e-jus ke dalam
tangki vape. Sumber tenaga atau bateri vape boleh dicas semula setelah habis
digunakan. Vape juga tidak meninggalkan puntung berbanding rokok tembakau.
Tabiat suka membuang puntung rokok merata-rata dapat dikurangkan setelah
menggunakan vape. Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah tandas awam
daripada tersumbat dan longkang daripada tersekat. Bau mulut penghisap vape
juga lebih bersih berbanding perokok tembakau. Vape dapat membantu mengekalkan
gigi yang bersih dan putih. Vape tidak mengandungi tar seperti rokok tembakau
yang menyebabkan gigi menjadi kuning dan hitam berkarat. Ini membuatkan
pengguna vape senang didampingi berbanding perokok tembakau. Vape tidak
mengotorkan rumah, berbanding rokok tembakau yang menghasilkan abu dan debu
hitam. Secara tidak langsung suri rumah yang mempunyai suami atau anak-anak
yang menggunakan vape dapat mengekalkan kebersihan rumah tanpa perlu berulang
kali menyental abu rokok yang jatuh di atas lantai berulang kali. Begitu juga
kepada para kontraktor pembersihan yang menjaga tandas awam dan kawasan
rekreasi tidak perlu lagi bersungut dengan abu dan puntung rokok yang bersepah
di tempat awam.
Vape secara tidak langsung
dapat membantu sesetengah perokok
tembakau yang tegar untuk berhenti merokok dan bebas daripada pengaruh
nikotin secara beransur-ansur. Beberapa orang perokok tembakau tegar mengakui
akan keberkesanan vape di dalam membantu mereka untuk berhenti merokok (Dills,
2015). Menurut Dills, (2015) memalui survey yang dilakukan oleh majalah
Overdrive sebanyak 75% pemandu truck berusaha untuk meninggalkan rokok tembakau
setelah menggunakan vape di Amerika.
Pada golongan dewasa yang
pandai mengambil peluang, vape dapat membantu dalam meningkatkan pendapatan dan
berpotensi untuk menjadi usahawan dalam bidang baru. Menurut laporan yang
disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO, (2009) menyatakan bahawa,
sehingga awal tahun 2014 terdapat 466 jenama e-cigs, manakala untuk perasa
e-cigs pula sebanyak 7764 rasa yang unik muncul (Zhu et al., 2014) dan sehingga
akhir tahun 2013 jualannya mencecah kepada USD $ 3 billion di peringkat global
dan ia boleh dijangka, margin jualan meningkat sehingga USD $ 10 billion pada
2017 (Herzog et al., 2014) .
iii. Cara untuk
mendidik masyarakat Malaysia tentang vape.
Sebagai satu komuniti Asia
yang mengamalkan konsep kesopanan tamadun timur, vape telah mendatangkan kesan
ketidakselesaan dan kegelisahan baru kepada masyarakat Malaysia. Situasi di
mana golongan wanita dan kanak-kanak di bawah umur telah mampu memiliki vape
dan menonjolkan perbuatan mereka di khalayak umum dan muat turun gambar mereka
di laman sosial telah menyebabkan mereka di label sebagai perosak imej wanita
dan vaper dewasa. Oleh itu, perbuatan seperti mempromosikan penggunaan vape
haruslah dihentikan serta-merta di media sosial ataupun medium pengiklanan di
media massa.
Vape juga mendatangkan
aroma yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang yang sensitif pada bau
yang kuat. Ini ditambah lagi apabila bau yang mengganggu itu, hadir ketika
sedang makan atau berehat di restoran mahu pun di taman rekreasi. Bagi
mengatasi masalah ini, pendidikan kesihatan dan sivil perlu diterapkan kepada
pengguna vape supaya tidak melakukan perbuatan begitu di kawasan rehat, kawasan
makan dan tempat awam. Kursus-kursus kesihatan, iklan di media sosial, media
massa, forum, debat dan risalah pamphlet kesedaran penggunaan vape yang betul
perlu diberikan dari masa ke semasa oleh badan-badan NGO dan pihak
kerajaan.
Kanak-kanak adalah di
antara golongan yang sangat dirisaukan oleh masyarakat. Untuk memiliki vape
yang selamat dan berkualiti memerlukan perbelanjaan yang mahal, manakala urusan
penyelenggaraan komponen-komponen seperti kapas, jus nikotin, dan wayar pemanas
memerlukan kos tambahan. Selain itu, kanak-kanak sangat terdedah kepada bahaya
dan penipuan mod vape cetak rompak yang murah. Walaupun komponen elektronik
vape dikatakan selamat dan tidak mendatangkan bahaya. Kanak-kanak sangat
terdedah dengan pengubahsuaian sendiri
vape. Ia boleh mengundang bahaya seperti pemanasan melampau dan letupan mod
vape. Untuk mengatasi masalah ini, ibu, bapa dan guru haruslah bertanggungjawab
dengan selalu memantau sebarang tingkah laku anak-anak atau murid-murid yang
mencurigakan. Aduan boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa jika kanak-kanak tersebut
memiliki vape secara haram dan menyerahkan peniaga vape yang tidak
bertanggungjawab itu kepada pihak polis dan aduan kepada kementerian yang
berkenaan.
Pendedahan awal kanak-kanak kepada cecair dan
ketagihan nikotin akan mempromosikan semula budaya menghisap rokok tembakau
apabila dewasa kelak. Perkara yang lebih menakutkan mungkin akan berlaku di
masa depan ialah, peralihan kepada bahan-bahan yang lain seperti dadah opiate
atau sintetik untuk mendapatkan kesan khayal yang lebih kuat lagi daripada
nikotin. Perbuatan seperti membazir, mencuri, penyakit kanser dan jenayah
pintas untuk mendapatkan wang menjadi inti pati kepada kerisauan masyarakat
terutama kepada golongan ibu bapa. Sebagai sebuah badan yang paling berpengaruh
dalam masyarakat, ahli politik dan parlimen perlulah berganding bahu
bersama-sama di dalam membentuk satu akta atau rang undang-undang baru bagi
mengelak menyalahgunakan vape di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Pihak
berwajib seperti Kementerian Kesihatan perlulah melakukan pemantauan dari masa
ke semasa aktiviti penjualan cecair nikotin ini di premis-premis yang menjual
vape dan cecair nikotin. Ini bertujuan bagi menyekat para peniaga yang tamak
daripada terus memanipulasi kanak-kanak dan penagih nikotin dari terus menjana
pendapatan dengan cara yang mudah dan tidak beretika.
Kesimpulan
Di dalam cita-cita kita
membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang sihat dan berdaya saing di peringkat
global. Semua pihak seharusnya bertanggungjawab dan berperanan di dalam
menggerakkan usaha tersebut. Peranan ibu bapa, masyarakat, para pekerja dan
pihak berkuasa penggubal undang-undang perlulah aktif di dalam mengatur
strategi bagi melancarkan perjalanan menuju ke arah negara maju yang sihat.
Sebagai sebuah negara demokrasi yang meletakkan Perlembagaan Negara menjadi
kitab yang tertinggi persekutuan. Perkara baru vape dalam masyarakat perlulah
ditangani dengan bijak, berhemah dan tidak terburu-buru. Vape perlulah dilihat
sebagai pilihan kepada individu. Hanya individu tertentu di dalam masyarakat
yang memerlukan vape, manakala secara keseluruhan vape bukanlah kehendak
masyarakat. Undang-undang penguatkuasaan vape adalah perlu tetapi dalam masa
yang sama industri vape tidak harus dikuburkan. Vape berpotensi untuk menjana
pendapatan sampingan negara jika dikenakan cukai tertentu. Seperti mana gula di
dalam minuman, ia merupakan satu pilihan kepada kita sama ada mahu mengambil
atau terus melupakannya. Persoalan vape adalah ‘pada pilihan kita’. Sebagai
manusia yang waras kita boleh menimbangkan perkara yang buruk dan baik di atas
segala tindakan yang di lakukan. Seperti mana manisnya minuman kerana gula.
Seperti itu jualah manisnya dunia pengguna nikotin bersama vape. Hakikatnya
tetap sama, vape perlu dikurangkan demi hubungan masyarakat sekeliling yang
lebih manis.
( 2595 PatahPerkataan)
Apendiks
Rujukan
Al-Delaimy, W.K., Myers, M.G., Leas, E.C., Strong, D.R.,
& Hofstetter, C.R. (2015). E-Cigarette Use in the Past and Quitting
Behavior in the Future: A Population-Based Study. American Journal of Public
Health, 105(6), 1213-1219.
Dills, T. (2015). Overdrive. The Vape Escape: More and
more truckers are vaping to get away from tobacco's dangers. It's working for
some, though it has drawbacks., pp. 27-29.
FreeMalaysiaToday.com. (2015). Kabinet tidak haramkan vape.
Retrieved November 2, 2015, from FreeMalaysiaToday Web site:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/10/30/kabinet-tidak-haramkan-vape/
Gilbert, H.A. (1965). Smokeless non-tobacco cigarette
patents. Retrieved November 3, 2015, from google.com:
http://www.google.com/patents/US3200819
Herzog, B., Gerberi, J., & Scott, A. (2014). Equity
research: Vapor Revolutionizing the tobacco industry. Equity Research
Department. San Francisco, CA: Wells Fargo Securities, LLC.
Jabatan Penerangan Malaysia. (2015). kempen-kempen anjuran
kerajaan Malaysia. Retrieved November 2, 2015, from Jabatan Penerangan
Malaysia Government Web site:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/6489-kempen-kempen-anjuran-kerajaan-malaysia.
Kcancer. (2010). 2010 Kcancer Hero Mr Hon Lik.
Retrieved November 3, 2015, from prlog.org Web site: http://
www.prlog.org/10588774-hon-lik-2010-kcancer-hero-nominee.
OxfordDictionaries.com. (2015). Definition english: Vape.
Retrieved November 2, 2015, from Oxford Dictionaries Web site:
http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/vape
Pastarmadzhieva, D. (2012). Subcultures: From Social to
Political. Trakia Journal of Sciences, 10(4), 80-85.
Perez, C. (2015, June). The Rise of E-Cigarettes: Harmful
or Harm-Reducing? Retrieved November 4, 2015, from RT: The Journal for
Respiratory Care Practitioners Web site:
http://www.rtmagazine.com/2015/06/the-rise-e-cigarettes-harmful-or-harm-reducing/
Rahman, A.U., Mohamed, M.H.B.N., & Jamshed, S. (2015).
Safety and Effectiveness of Electronic Cigarettes: A Narrative Review. International
Medical Journal, 22(3), 122-131.
Utusan.com. (2015). Berita Nasional: kerajaan timbang
keputusan haram penggunaan vape. Retrieved November 2, 2015, from Utusan
Malaysia Web site:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-timbang-keputusan-haram-penggunaan-vape-dr-subramaniam-1.151656
VaporMalaysiaOpenGroup. (2015). Vapor Malaysia Open.
Retrieved November 3, 2015, from Facebook.com Web site: https://www.facebook.com/groups/vapormalaysiaopen/
WHO. (2009). WHO Study Group on Tobbacco Product Regulation:.
Report on the scientific base of tobacco product: Third report of a WHO
study group. Geneva, Switzerland: World Health Organization: WHO Technical
Report Series 955.
Yinger, J.M. (1960). Contraculture and Subculture. American
Sociological Review, 25(5), 625-635.
Zhu, H.S., Sun, J.Y., Bonnevie, E., Cummins, S.E., Gamst, A.,
Yin, L., & Lee, M. (2014). Four hundred and sixty brands of e-cigarettes
and counting. implication for product regulation. Tobacoo Control,
iii3-iii9.
salam en meor, ada ke modul versi bm utk subjek psikologi kanak-kanak
BalasPadamtak der versi BM untuk OUM but u boleh cari di kedai ukm or DBP
BalasPadam