Sabtu, 23 Disember 2017

CBCT 2203 KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

  

CBCT 2203


KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

Meor Mohd Jamil Bin Zaiyan






Pengenalan
Bagi bergerak mengikut arus kemodenan yang dirancang. Kerajaan telah menubuhkan sebuah badan yang dinamakan sebagai Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau MDEC untuk memperkenalkan MSC Malaysia. Sebagai sebuah organisasi khas yang berperanan menentukan hala tuju dan memantau MSC Malaysia, MDEC berperanan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital, membangunkan amalan khusus industri, dan menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia (MDEC, 2015).
Namun apakah kita tahu apa itu MSC Malaysia dan status aplikasi perdananya? Menurut penerangan yang diberikan oleh Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) melalui laman web nya bertajuk “Pelaksanaan Kerajaan Elektronik Malaysia” menyatakan MSC adalah merujuk kepada singkatan bagi perkataan Multimedia Super Corridor (Koridor Raya Multimedia). Ia secara asalnya melibatkan kawasan seluas 15x50km² bermula dari kawasan Menara Berkembar Petronas, bandar Putrajaya, bandar Cyberjaya dan  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Namun pada tarikh 7 Disember 2006 pertambahan berlaku di mana ia melibatkan kemasukan Pelabuhan Klang di dalam MSC. Projek ini adalah hasil usaha sama antara kerajaan Malaysia dan sektor swasta. Majlis perasmian telah diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996 (INTAN, 2008) .
Manakala Portal Rasmi MSC Malaysia (2017) menyatakan MSC Malaysia adalah pintu masuk kepada industri ICT di Malaysia dan rantau Asia. Bagi memesatkan evolusi MSC, kerajaan Malaysia telah menubuhkan tujuh aplikasi multimedia untuk mewujudkan pelaksanaan teknologi maju. Tujuh aplikasi tersebut  ialah: i). Sekolah Bestari, ii). Kerajaan Elektronik, iii). Penggunaan Multipurpose Card, iv). Cluster Penyelidikan & Pembangunan, v). Worldwide Manufacturing Web, vi). Pemasaran tanpa sempadan, dan vii). Tele-kesihatan (MSCMalaysia, 2015).
Selain itu juga, pengiktirafan status MSC Malaysia melayakkan entiti perniagaan yang terpilih menikmati insentif, hak dan keistimewaan dari Kerajaan Malaysia, iaitu Akta Jaminan MSC Malaysia atau Bill of Guarantees (BoG). BoG melambangkan hasrat kerajaan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan entiti perniagaan . Segala insentif, hak dan keistimewaan yang diberi adalah tertakluk kepada syarat di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan (MDEC, 2015).
i. Objektif yang akan dicapai oleh pihak kerajaan melalui pelaksanaan MSC Malaysia
Melalui Portal Rasmi MSC Malaysia (2017) menyatakan di antara objektif yang akan dicapai oleh kerajaan Malaysia melalui “tujuh aplikasi perdananya” ialah seperti berikut:
a.       Sekolah Bestari diwujudkan bertujuan melahirkan generasi baru rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif dalam pemikiran agar mereka mahir dengan teknologi baru, dan dapat menguruskan ledakan maklumat ini untuk mengubah kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
b.      Kerajaan Elektronik bertujuan untuk mencipta semula perkhidmatan awam menggunakan multimedia dan teknologi maklumat. Rakyat Malaysia boleh melihat perubahan dalam cara Kerajaan berinteraksi bersama perniagaan dan rakyat.
c.       Penggunaan multipurpose card adalah untuk memudahkan rakyat Malaysia dalam menjalankan urus niaga dengan Kerajaan dan syarikat swasta.
d.      Cluster Penyelidikan & Pembangunan membantu untuk memastikan bahawa MSC merupakan lokasi menarik bagi syarikat-syarikat untuk membangunkan teknologi multimedia dan inovasi baru bagi generasi baru.
e.       Worldwide Manufacturing Web bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pembuatan di rantau ini. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang optimum dalam pembuatan dan perkhidmatan syarikat untuk memberi perkhidmatan dan produk nilai tambah kepada pelanggan.
f.       Pemasaran tanpa sempadan direka untuk menggalakkan syarikat yang berstatus MSC untuk menggunakan teknologi multimedia dalam pelbagai aspek, misalnya menyampaikan mesej pemasaran, perkhidmatan pelanggan, dan produk maklumat kepada pelanggan
g.      Tele-kesihatan pula bertujuan untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan untuk rakyatnya (MDEC, 2015).
Manakala objektif kerajaan menubuhkan Akta Jaminan (BoG) adalah seperti berikut:
1.      BoG No. 1: Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia. Objektif Polisi - Untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi syarikat untuk menjalankan operasi perniagaan, menjalankan penyelidikan dan membangun teknologi, aplikasi dan produk baru.
2.      BoG No. 2: Membenarkan pengambilan Knowledge Worker tempatan dan asing tanpa had. Objektif Polisi - Mencapai visi Malaysia untuk menjadi pusat ICT global dengan membekalkan modal insan profesional demi memenuhi keperluan industri.
3.      BoG No. 3: Memastikan kebebasan hak milik dengan mengecualikan syarikat berstatus MSC Malaysia dari undang-undang pemilikan tempatan. Objektif Polisi - Pihak Kerajaan menyedari kepentingan menarik syarikat terkemuka dunia serta syarikat multinasional untuk membuka pusat global/ serantau dan/ atau mengendalikan operasi perniagaan, menjalankan penyelidikan serta membangunkan teknologi, aplikasi dan produk baru di MSC Malaysia.
4.      BoG No. 4: Memberikan kebebasan dan hak untuk mencari modal secara global untuk infrastruktur MSC Malaysia. Objektif Polisi - Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat ICT global, kerajaan mengiktiraf kepentingan syarikat berstatus MSC Malaysia mendapatkan sumber modal dan dana secara global.
5.      BoG No. 5: Menyediakan insentif kewangan kompetitif, termasuklah status perintis yang memberikan pelepasan cukai 100% sehingga 10 tahun atau Elaun Pelaburan Cukai sehingga 5 tahun, dan tiada duti import peralatan multimedia akan dikenakan. Objektif Polisi - Menggalakkan perkembangan entiti perniagaan berstatus MSC dan menyerlahkan nilai kompetitif produk dan perkhidmatan mereka.
6.      BoG No. 6: Menjadi pemimpin serantau dalam perlindungan harta intelek dan undang-undang siber. Objektif Polisi - Untuk mengenal pasti kepentingan Harta Intelek sebagai jentera pembangunan kemajuan ekonomi dan sosial, di samping membangunkan keperluan untuk mengadakan rangka kerja undang-undang siber untuk menghadapi cabaran dalam industri ICT.
7.      BoG No. 7: Menjamin tiada penapisan Internet. Objektif Polisi - Mengenal pasti kepentingan peranan Internet sebagai pemudah cara maklumat dan inovasi dan menyediakan asas untuk penambahan kualiti kerja dan hidup yang berterusan.
8.      BoG No. 8: Menyediakan tarif telekomunikasi global yang berdaya saing. Objektif Polisi - Untuk mengenal pasti peranan penting tarif telekomunikasi yang kompetitif dalam menarik pelaburan pada MSC Malaysia dan menggalakkan pertumbuhan industri ICT.
9.      BoG No. 9: Menender kontrak infrastruktur utama MSC Malaysia kepada syarikat terkemuka yang sedia menjadikan MSC sebagai pusat utama. Objektif Polisi - Bagi merealisasikan impian Kerajaan untuk menjadi hab ICT terkemuka dunia, Kerajaan mengakui kepentingan menarik syarikat-syarikat terkemuka untuk bertapak di MSC Malaysia dengan menawarkan kontrak berkaitan dengan infrastruktur utama MSC Malaysia sebagai insentif untuk mereka membuka hab global/ serantau mereka di MSC Malaysia.
10.  BoG No. 10: Menyediakan sebuah agensi sehenti dan diiktiraf bagi bidang ICT di Malaysia – MDEC. Objektif Polisi - MDEC telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk menjadi pusat sehenti, serta untuk memacu pembangunan MSC Malaysia secara khusus dan industri ICT negara secara amnya ( (MDEC, 2015).
ii. Pentafsiran sendiri Akta Jaminan No. 7 (BoG No. 7): Menjamin tiada penapisan Internet
Tiada penapisan dalam Internet tidaklah bermakna pihak Kerajaan tidak akan memantau atau membenarkan Internet digunakan dengan mudah dan bebas. Pihak yang terlibat atau individu di dalam MSC dilarang menyebarkan kandungan tanpa mendapat keizinan. Jika perbuatan tersebut telah dilarang di dunia sebenar, ia masih akan dilarang di dalam dunia siber. Oleh itu, undang-undang melarang penyebaran bahan tanpa izin, contohnya kandungan kurang sopan/ lucah atau mana-mana bahan tanpa izin lain akan tetap diguna pakai. Dalam aspek ini, kementerian dan agensi berkaitan akan terus mengambil tindakan yang sesuai dan melaksanakan undang-undang yang tertakluk di bawahnya.
iii. Cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh kerajaan berkaitan kebebasan internet.
Memetik kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Bin Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia sempena "Persidangan Transformasi Perundangan Keselamatan dan Hak Asasi" pada 2013 lalu melalui portal web UtusanMalaysia.com menyatakan “Konsep kebebasan, hak dan keselamatan adalah penting untuk mencapai keadilan sosial. Hak seseorang individu dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat tidak boleh diasingkan kerana masyarakat menggambarkan seseorang individu tersebut. Jika kesejahteraan masyarakat terjaga, kesejahteraan individu juga akan turut terjaga” (Najib Razak, 2013). Tambah beliau lagi “Sejauh manakah seseorang individu mempunyai kebebasan mutlak dalam melaksanakan haknya seperti yang dijamin oleh undang-undang. Ia mungkin kelihatan jelas dan mudah bagi menjawab persoalan ini, tetapi sejarah dan pengalaman telah menunjukkan bahawa kerap kali keseimbangan yang berimbang mesti dicapai antara hak individu dengan kepentingan kolektif” (Najib Razak, 2013).
Melalui kenyataan Perdana Menteri di atas jelas menunjukkan dalam perlaksanaan kebebasan internet, kerajaan perlu mengambil langkah yang berhati-hati untuk sebarang tindakan yang akan memberi kesan kepada keselamatan negara. Sebagaimana yang telah dinyatakan, hak kebebasan internet bukanlah bersifat mutlak kerana melalui dasar kerajaan kebebasan itu perlulah seimbang antara hak individu dengan kepentingan orang ramai.
Dalam memperkatakan cabaran yang bakal dihadapi kerajaan, salah satunya ialah tersebarnya berita palsu atau fitnah yang akan mengancam keselamatan negara. Malah bahaya yang lebih parah daripada itu adalah kebocoran maklumat rahsia kerajaan ke atas tangan pengganas atau pihak yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula dengan pelaksanaan eKerajaan segala dokumen dan aset rahsia kerajaan akan diimplementasikan ke dalam sistem simpanan data elektronik. Sudah pasti jaringan keselamatan kepada akses dokumen ini perlu diketatkan atau dikendalikan dengan penuh tanggungjawab. Seperti mana yang diperkatakan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa menyatakan “Kepentingan kawalan ke atas rahsia rasmi dan aset kerajaan perlu sentiasa diberi keutamaan yang tinggi. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang tidak ternilai” (Ali Bin Hamsa, 2013).
Manakala Jabatan Perdana Menteri melalui ‘Pengurusan Keselamatan Dokumen Dan Premis Kerajaan’ telah menggariskan 14 senarai punca ancaman kepada keselamatan data elektronik negara seperti berikut: i). Directors & Officers, ii). Employees, iii). Business Partners, iv). Clients & Customers, v). Competitors, vi). Strategic Knowledge Brokers, vii). People at large, viii). Political Adversaries, ix). Investigative Journalist, x). Unfriendly Government Agencies, xi). Foreign Intelligence – Economic or Military Spy, xii). Petty Crime and Organize Crime,  xiii). Hackers, &  xiv). Cyber vandalism (JPMM, 2013).
Untuk kesalahan-kesalahan internet pula terdapat tujuh jenis kesalahan yang telah dikenal pasti antaranya seperti :  i). Extremis – menyebarkan maklumat palsu dan pandangan extremis perkauman, ii). Jenayah siber – kecurian identiti dan penyamaran, iii). Pornografi – kenyataan/ gambar/ video dan kecurian identiti, iv). Perkauman – kenyataan, penipuan, peras ugut dan menakut-nakutkan, v). Hasutan – mengekori/ menakut-nakutkan, kenyataan palsu dan penipuan, vi) Fitnah – Peras ugut, menyebar maklumat palsu, kecurian identiti/ penyamaran, dan kenyataan/ gambar/ video, dan vii) Keganasan – Penipuan barang curi dan penipuan (JPMM, 2013). Manakala Rajah 1.0 pula menerangkan tentang kesalahan-kesalahan yang sering berlaku di internet.
Rajah 1.0  Sumber : (JPMM, 2013)

Walau bagaimanapun, Kerajaan juga perlu melihat beberapa ancaman yang bakal dihadapi dari sudut budaya dan survival penggunaan Bahasa Kebangsaan kesan daripada kebebasan internet. Sedar atau pun tidak kebebasan Internet juga boleh mengundang padah kepada corak perubahan sosial-budaya dan nilai-nilai murni yang dipegang oleh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai lapisan bangsa, agama, dan budaya.
Apabila memperkatakan tentang budaya, sudah pasti cara hidup ketimuran telah menjadi tulang belakang kepada kita sejak sekian lama. Budaya songsang seperti LGBT (lesbian, gay, bisexual, transgender) yang di perjuangkan oleh sesetengah kumpulan yang kononnya mewakili kumpulan kecil masyarakat tertentu telah mendesak kerajaan mengendurkan atau meminda beberapa polisi yang agak bertentangan dengan norma dan kepercayaan agama yang wujud di negara ini. Alasan yang mengatakan ia adalah desakan kebebasan dan kehendak dunia global pada gaya hidup moden, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal masyarakat yang sihat. Jarum-jarum halus berkenaan LGBT yang tersebar luas di laman-laman web yang berpangkalan di luar negara dapat pula diikuti di laman web pautan dari syarikat yang berstatus MSC Malaysia adalah sesuatu yang amat menakutkan buat kita. Oleh itu pemantauan yang khusus perlulah dilakukan oleh pihak kerajaan kepada laman-laman web dan syarikat yang telah diberi status MSC Malaysia.
Manakala dari sudut survival Bahasa Kebangsaan pula, kebebasan Internet telah mendedahkan rakyat pada penggunaan bahasa pasar secara meluas dan tidak terkawal seperti di laman web dan forum sembang tertentu. Perkataan atau kosa kata yang ditulis mengikut bunyi daerah atau negeri atau mencampuradukkan dengan bahasa asing telah mencacatkan tatabahasa dan susunan kemas Bahasa Kebangsaan seperti yang telah di gazet kan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini secara tidak langsung telah menghina usaha tokoh-tokoh pejuang bahasa dan kerajaan terdahulu yang telah bertungkus-lumus berusaha dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Oleh itu, ancaman terhadap Bahasa Kebangsaan ini perlu lah diambil perhatian semula dan sebarang penggunaan istilah bahasa asing perlulah dirujuk kepada badan yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.
Selain itu, pemprosesan prinsip dan fungsi eKerajaan memerlukan pelbagai kaedah-kaedah baru, dasar, undang-undang dan perubahan perundangan untuk menangani aktiviti elektronik termasuk tandatangan elektronik, arkib elektronik, kebebasan maklumat, perlindungan data, jenayah komputer, hak harta intelek dan isu-isu hak cipta. Berurusan dengan cara e-Kerajaan untuk tujuan menandatangani kontrak atau perjanjian digital, yang perlu dilindungi dan diiktiraf oleh undang-undang formal. Di kebanyakan negara membangun, ePerniagaan dan undang-undang eKerajaan tidak lagi tersedia. Mewujudkan perlindungan dan pembaharuan undang-undang akan diperlukan bagi memastikan privasi, keselamatan dan pengiktirafan undang-undang interaksi dan tandatangan elektronik. Oleh itu, kerajaan di seluruh dunia perlu menangani reka bentuk dan pembangunan infrastruktur  awam, yang akan menjamin transaksi yang selamat antara organisasi dan individu (Ndou, V., 2004).
iv. Kementerian dan Agensi berkaitan yang akan mengambil tindakan dan penguatkuasaan yang bersesuaian terhadap undang-undang kebebasan Internet.
1. Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPMM).
Bagi memastikan undang-undang kebebasan internet berkuat kuasa dan keselamatannya terkawal. Pihak kerajaan melalui Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abdul Halim bin Ali telah mengeluarkan satu arahan bertulis yang bertajuk Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 (Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 2000). Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi pertimbangan dan diambil tindakan oleh agensi-agensi Kerajaan. Di mana, semua agensi Kerajaan adalah dikehendaki mematuhi Rangka Dasar Keselamatan ICT (Information and Communications Technology) Kerajaan dan melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan. Untuk maksud ini, semua Ketua Jabatan adalah diminta mengambil tindakan-tindakan berikut:
        i.             Melantik seorang Pegawai Keselamatan ICT di kalangan pegawai kanan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan-tindakan yang ditetapkan dalam Rangka Dasar Keselamatan ICT. Perlantikan pegawai ini dan sebarang pertukaran perlu dimaklumkan kepada MAMPU.
      ii.             Menyediakan semua infrastruktur keselamatan ICT menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan yang disediakan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.
    iii.             Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT bagi tujuan audit keselamatan ICT.
    iv.             Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT yang perlu diberi perhatian rapi dan mengambil tindakan segera mengatasinya.
      v.             Memastikan tahap keselamatan ICT adalah terjamin setiap masa (Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 2000).

2. Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit) (MAMPU).

MAMPU memainkan peranan penting dalam memacu, merintis dan mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam (MAMPU, 2016), MAMPU melaksanakan enam (6) peranan utama iaitu sebagai:
  1. Penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam dengan memperkenalkan dan mempromosikan program-program pembaharuan bagi jentera pentadbiran serta menilai dan mengiktiraf tahap prestasi agensi kerajaan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan responsif.
  2. Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam dengan merancang, menggubal, menyelaras dan menilai pelaksanaan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  3. Pakar runding dalam pengurusan organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam. MAMPU memberi khidmat nasihat dan perundingan bagi memantapkan struktur, sistem, prosedur kerja serta pelaksanaan pembangunan TMK ke arah meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.
  4. Pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. MAMPU menggembleng ilmu, kepakaran dan sumber pelbagai pihak iaitu awam, swasta dan badan bukan kerajaan ke arah memperkasa pemodenan pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan.
  5. Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan Sektor Awam dengan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan idea-idea yang kreatif dan inovatif, berkualiti serta dapat dilaksanakan secara kos efektif.
  6. Pelaksana program promosi penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan mempromosi usaha-usaha penambahbaikan yang diperkenalkan oleh perkhidmatan awam melalui pelbagai saluran media (MAMPU, 2016).
3. Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)
Di antara tujuan dan objektif penubuhan kementerian ini ialah :
a.       Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan industri kandungan secara kreatif dan inovatif.
b.      Membangun dasar dan program keselamatan maklumat dan infrastruktur komunikasi.
c.       Menyebar dan memasarkan maklumat kerajaan di peringkat kebangsaan dan global.
d.      Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau dasar-dasar dan perundangan berkaitan keselamatan dan integriti teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia (KKMM, 2014).

4. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Peranan utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Dalam menjalankan akta ini, peranan Suruhanjaya  ialah untuk melaksanakan dan menggalakkan objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia (SKMM, 2010).
Ahli Suruhanjaya juga terlibat di dalam menyelia rangka kerja kawal selia baru untuk bertumpu ke arah industri telekomunikasi, penyiaran  dan aktiviti-aktiviti dalam talian.
Fungsi-fungsi utama Suruhanjaya termasuk yang berikut:
  1. Mengawal selia semua perkara  berkaitan aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak termaktub di dalam undang-undang komunikasi dan multimedia.
  2. Mempertimbangkan dan mencadangkan reformasi kepada undang-undang  komunikasi dan multimedia.
  3. Untuk mengawal dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia.
  4. Melaksana dan menguatkuasakan penyediaan undang-undang komunikasi dan multimedia.
      V.            Memberi nasihat kepada Menteri untuk semua perkara berkaitan objektif polisi negara khusus untuk aktiviti komunikasi dan multimedia. 
  1. Untuk menggalakkan dan mempromosi kawal selia di dalam industri komunikasi dan multimedia.
  2. Memberi bantuan dalam sebarang bentuk  dan menggalakkan kerjasama dan penyelarasan  di kalangan orang-orang yang melibatkan diri dalam aktiviti komunikasi dan multimedia.
  3. Untuk menggalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen dan diberi kuasa di bawah industri  komunikasi dan multimedia.
  4. Untuk menjalankan setiap fungsi seperti yang tertulis dalam undang-undang yang boleh ditentukan oleh Menteri seperti yang diterbitkan di dalam risalah berkala.
  5. Untuk menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri komunikasi dan multimedia (SKMM, 2010).
Kesimpulan
Kesimpulannya melalui tugasan yang telah diberikan ini, penulis berjaya dan dapat mendemonstrasikan pengetahuan dan pemahaman terhadap kebebasan internet. Selain itu, penulis juga dapat menambah pengetahuan mengenai peranan dan tujuan penubuhan Koridor Raya Multimedia Malaysia atau MSC Malaysia berserta dengan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhinya. Di samping itu, sejarah dan tokoh yang terlibat di dalam penubuhan MSC Malaysia juga telah berjaya penulis temui dan ketahui. Dalam masa yang sama, kementerian dan agensi berkaitan yang akan mengambil tindakan dan penguatkuasaan yang bersesuaian telah penulis dapat maklumi. Akhir kata, penulis berharap dengan berakhirnya tugasan ini ia dapat membantu penulis dan lain-lain pembaca agar dapat memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan hal ehwal yang berlaku di dalam negara kita umumnya dan dapat mengetahui peranan dan tujuan MSC Malaysia khususnya.

.


  
Apendiks

Rujukan


Ali Bin Hamsa. (2013, Oktober 8). Pengurusan Keselamatan Dokumen Dan Premis Kerajaan. Retrieved March 2017, from Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Jabatan Perdana Menteri: http://www.iaea.org/inis/collection/NCLCollectionStore/_Public/45/102/45102262.pdf
INTAN. (2008, October). Pelaksanaan Kerajaan Elektronik Malaysia. Retrieved March 2017, from Institut Tadbir Awam Malaysia: http://disac.intan.my/isac/PelaksanaanKerajaanElektronik.pdf
Jabatan Perdana Menteri Malaysia. (2000, Oktober 1). Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000. Retrieved March 2017, from Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kerajaan: http://gcert.mampu.gov.my/SPA_bil3_2000.pdf
JPMM. (2013, Oktober 8). Pengurusan Keselamatan Dokumen Dan Premis Kerajaan. Retrieved March 3, 2017, from Jabatan Perdana Menteri: http://www.iaea.org/inis/collection/NCLCollectionStore/_Public/45/102/45102262.pdf
KKMM. (2014, Disember 8). Partal Rasmi Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Retrieved March 2, 2017, from Laman Utama Objektif: http://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=269&Itemid=109&lang=ms
MAMPU. (2016). Portal Rasmi MAMPU. Retrieved March 2, 2017, from Info Korporat: http://www.mampu.gov.my/ms/info-korporat/peranan-mampu-dan-bahagian
MDEC. (2015, Dis). MSC Malaysia. Retrieved March 3, 2017, from Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia: http://www.mscmalaysia.my/ms/what_is_msc_malaysia
MDEC. (2015, Disember). MSCMalaysia. Retrieved March 10, 2017, from akta jaminan BoG: http://www.mscmalaysia.my/ms/bogs
MSCMalaysia. (2015, Disember). MSCMalaysia. Retrieved from apakah itu MSC?: http://www.mscmalaysia.my/ms/what_is_msc_malaysia
Najib Razak. (2013, January). Permulaan Baru Untuk Malaysia. Retrieved March 2017, from Rencana Utusan Malaysia : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130115/re_01/Permulaan-baharu-untuk-Malaysia
Ndou, V. (2004). E-Government for Developing Countries: Opportunities and Challenges. The Electronic Journal on Information Systems in Developing Countries, 18(1), 1-24.
SKMM. (2010). Portal Rasmi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Retrieved March 4, 2017, from Mengenai Kami Tanggungjawab Kami: http://www.skmm.gov.my/About-Us/Our-Responsibility.aspx?lang=ms-MY





  

   


ABPS 1103 SOCIAAL PSYCHOLOGY






ABPS 1103


SOCIAL PSYCHOLOGY

Meor Mohd Jamil Bin Zaiyan 





a. Introduction
Social psychology is the scientific study of how people’s thoughts, feelings, and behaviors are influenced by the actual, imagined, or implied presence of others (Allport, G.W., 1998). By this definition, scientific refers to the empirical method of investigation. The terms thoughts, feelings, and behaviors include all of the psychological variables that are measurable in a human being. The statement that others may be imagined or implied suggests that we are prone to social influence even when no other people are present, such as when watching television, or following internalized cultural norms. According to Myers (2008) “Social psychology is the scientific study of how people think about, influence and relate to one another” (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2015).
Social psychology is about understanding individual behavior in a social context. Baron, Byrne & Suls (1989) define social psychology as 'the scientific field that seeks to understand the nature and causes of individual behavior in social situations' (McLeod, S., 2007). It therefore looks at human behavior as influenced by other people and the social context in which this occurs. Social psychologists therefore deal with the factors that lead us to behave in a given way in the presence of others, and look at the conditions under which certain behavior or actions and feelings occur. Social psychology is to do with the way these feelings, thoughts, beliefs, intentions and goals are constructed and how such psychological factors, in turn, influence our interactions with others (McLeod, S., 2007).
In light of the present arguments, the continued attempt to build general laws of social behavior seems misdirected, and the associated belief that knowledge of social interaction can be accumulated in a manner similar to the natural sciences appears unjustified. In essence, the study of social psychology is primarily an historical undertaking (Gergen, J. K, 1973). The discipline of social psychology began in the United States at the dawn of the twentieth century. The first published study in this area was an experiment by Norman Triplett (1898) on the phenomenon of social facilitation. During the 1930s, many Gestalt psychologists, particularly Kurt Lewin, fled to the United States from Nazi Germany. They were instrumental in developing the field as something separate from the behavioral and psychoanalytic schools that were dominant during that time, and social psychology has always maintained the legacy of their interests in perception and cognition. Attitudes and a variety of small group phenomena were the most commonly studied topics in this era.


b. Four Main Goals of Social Psychology Research.
Social psychology is an experimental science which means research in social psychology uses systematic methods to gather information. Social psychologists organize their ideas and findings into theories. An exciting feature about research in social psychology is that it explores events related to everyday experiences (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2015). 

(a) Social psychological research has four main goals as shown in Figure 1.0:


Figure 1.0: Four main goals in social psychological research (Taylor et al., 2003)

(i)                 Description 
A major goal of research in social psychology is to provide a systematic description of social behavior that enables researchers to make reliable generalizations about how human beings act in various situations (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2015).
Description refers to the procedures used to define, classify and categorize subjects and their relationships. Descriptions allow us to establish generalizations and universals. By gathering information on a large group of people, for instance, a researcher can describe the average member or the average performance of a member of the specific group being studied.
Describing observations of large groups of people does not take away from the fact that there are important differences among individuals. That is, researchers merely attempt to describe subjects or events on the basis of average performance (generally speaking). Alternatively, description allows researchers to describe a single phenomenon and or observations of a single person.
In science, descriptions are systematic and precise. Scientific research makes use of operational definitions. Operational definitions characterize events, qualities and concepts in terms of observable operations, or procedures used to measure them. Researchers are interested in describing only things that are relevant to the study. They have no interest in describing observations that are irrelevant to the investigation (Hale, J., 2011).


(ii)               Theory Building 
Another goal in social psychology is to develop theories and gain a better understanding of social behavior that help social psychologists to understand why people behave in certain ways. Theories help social psychologists to organize and make predictions that can be tested in further research (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2015).
A researcher begins with a set of phenomena and either constructs a theory to explain or interpret them or chooses an existing theory to work with. He or she then makes a prediction about some new phenomenon that should be observed if the theory is correct. This prediction is called a hypothesis. The researcher then conducts an empirical study to test the hypothesis. Finally, he or she re-evaluates the theory in light of the new results and revises it if necessary. This process is usually conceptualized as a cycle because the researcher can then derive a new hypothesis from the revised theory, conduct a new empirical study to test the hypothesis, and so on.
Constructing theories is one of the more creative parts of scientific research. But as with all creative activities, success requires preparation and hard work more than anything else. To construct a good theory, a researcher must know in detail about the phenomena of interest and about any existing theories based on a thorough review of the literature. The new theory must provide a coherent explanation or interpretation of the phenomena of interest and have some advantage over existing theories. It could be more formal and therefore more precise, broader in scope, or it could take a new perspective or theoretical approach. If there is no existing theory, then almost any theory can be a step in the right direction.
However, for a researcher to start with a theory that was originally constructed by someone else—giving due credit to the originator of the theory. This type of investigation is another example of how researchers work collectively to advance scientific knowledge. Once they have identified an existing theory, they might derive a hypothesis from the theory and test it or modify the theory to account for some new phenomenon and then test the modified theory.
To use theories in your research will not only give you guidance in coming up with experiment ideas and possible projects, but it lends legitimacy to your work. Psychologists have been interested in a variety of human behaviors and have developed many theories along the way. Using established theories will help you break new ground as a researcher, not limit you from developing your own ideas (Paul C. Price et al., 2015).

(iii)             Casual Analysis 
Social psychologists seek to establish cause and effect relationships. Changes in one variable accompanied by changes in another in no way guarantees that a causal link exists between them. In many cases, two variables tend to rise or fall together. This simply shows that both are caused by the third variable (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2015).
In the physical sciences, such as physics and chemistry, it is fairly easy to establish causality, because a good experimental design can neutralize any potentially confounding variables. Sociology, at the other extreme, is exceptionally prone to causality issues, because individual humans and social groups vary so wildly and are subjected to a wide range of external pressures and influences.
For results to have any meaning, a researcher must make causality the first priority, simply because it can have such a devastating effect upon validity. Most experiments with some validity issues can be salvaged, and produce some usable data. An experiment with no established cause and effect, on the other hand, will be practically useless and a waste of resources (Shuttleworth, M., 2009).
(iv)             Application 
Findings from research in social psychology can help to solve every day social problems such as love and intimacy problems, how to control anger, how to change negative attitudes, how to behave in groups, and so on. Today, researchers are using social psychological principles to find ways to understand prejudice against people with AIDS (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2015).
c. The difference between correlational and experimental research.
Psychological researches fall into two major types of methodologies namely correlational research and experimental research. Any student doing major in psychology needs to understand the differences between these two methodologies to be able to design his psychological study (Admin, 2012).
Correlation Research
In correlational research, the researcher carefully observes and records the relationship between two or more factors, known technically as variables. In correlational design, the researcher does not influence samples’ behavior in any way but merely records the information needed. This kind of research asks if there is an association between the variables (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2015).
If an increase in one variable tends to be associated with an increase in the other then this is known as a positive correlation. An example would be height and weight. Taller people tend to be heavier. If an increase in one variable tends to be associated with a decrease in the other then this is known as a negative correlation. An example would be height above sea level and temperature. As you climb the mountain (increase in height) it gets colder (decrease in temperature). When there is no relationship between two variables this is known as a zero correlation. For example there is no relationship between the amount of tea drunk and level of intelligence (McLeod, S., 2008).
A correlation can be expressed visually. This is done by drawing a scatter gram - that is one can plot the figures for one variable against the figures for the other on a graph.


Figures 2.0: Scatter gram Source: McLeod, S. (2008)

When you draw a scatter gram it doesn't matter which variable goes on the x-axis and which goes on the y-axis. Remember, in correlations we are always dealing with paired scores, so the values of the 2 variables taken together will be used to make the diagram. Decide which variable goes on each axis and then simply put a cross at the point where the 2 values coincide.
Strictly speaking correlation is not a research method but a way of analyzing data gathered by other means. This might be useful, for example, if we wanted to know if there were an association between watching violence on T.V. and a tendency towards violent behavior in adolescence (Variable B = number of incidents of violent behavior observed by teachers).
Another area where correlation is widely used is in the study of intelligence where research has been carried out to test the strength of the association between the I.Q. levels of identical and non-identical twins (McLeod, S., 2008).
The correlational method allows social psychologists to collect more information and measure more relationships than they can in most experiments. Correlational studies also enable researchers to study problems in which intervention is not possible. However, the correlational method does not provide clear-cut evidence of cause and effect relationships (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2015).
Experimental Research
In contrast, experimental research design is intervention. The researcher puts a sample in a controlled situation and assesses how they react. The researcher creates two or more conditions that differ from each other. For example, by exposing children to violent and nonviolent movies, researchers can observe how the amount of violence affects behavior (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2015).
In an experiment, an independent variable (the cause) is manipulated and the dependent variable (the effect) is measured; any extraneous variables are controlled. An advantage is that experiments should be objective. The views and opinions of the researcher should not affect the results of a study. This is good as it makes the data more valid, and less bias (McLeod, S., 2012). There are three types of experiments:
1. Laboratory / Controlled Experiments
This type of experiment is conducted in a well-controlled environment – not necessarily a laboratory – and therefore accurate measurements are possible. The researcher decides where the experiment will take place, at what time, with which participants, in what circumstances and using a standardized procedure. Participants are randomly allocated to each independent variable group.
2. Field Experiments
Field experiments are done in the everyday (i.e. real life) environment of the participants. The experimenter still manipulates the independent variable, but in a real-life setting (so cannot really control extraneous variables).
3. Natural Experiments
Natural experiments are conducted in the everyday (i.e. real life) environment of the participants, but here the experimenter has no control over the IV as it occurs naturally in real life..



Table 1.0: Comparing Correlational and Experimental Methods

Correlational
Experimental
Independent variable
Unambiguous causality
Exploratory
Theory testing
Test many relationships
Varies naturally
Usually not
Often
Often
Usually
Controlled by researcher Yes
Usually not
Usually
Usually not
Source: Taylor et al., 2003

d. One example of experiment research in the field of psychology
Experimental research is what most people consider being more scientific though non experimental does not mean that the research is unscientific by any means. It is human nature to try to find out what happens when changes are introduced in variables. Thus, taking up the previous example of blood pressure and cholesterol, a research can deliberately increase the blood pressure of a subject and then record his cholesterol levels to see if there is any increase or decrease. If changes induced in a variable lead to changes in another variable, a researcher is in a position to say that there is a causal relationship between the two variables (Admin, 2012).
The example of experiment:  Hodges and Tizard Study
Aims
  • To investigate the effect of institutional upbringing on later attachments.
  • To investigate the effects of privation on later social and emotional development.
  • To investigate if the effects of privation can be reversed.

Procedure
Jill Hodges and Barbara Tizard (1989) followed the development of 65 children who had been in residential nurseries from only a few months old. This is known as a longitudinal study. The study was also a field experiment. The independent variable (what happened to the children at age 4) occurred naturally. The care provided was of good quality, but careers were discouraged from forming attachments with the children (i.e. privation occurred). By age 4, 24 children were adopted, 15 returned to their natural home (restored), and the rest stayed in institutions
They were also compared with a control group, who had spent all their lives in their own families. The control group was closely matched to the children in the experimental group. For example, in terms of sibling number, home location (London), parental occupation, position in family, age, gender etc. The children were assessed for social and emotional competence at four, eight and sixteen years old. The assessment comprised interviewing the children and their parents and teachers and a set of questionnaires.

Findings
At four years of age none of the institutionalized children had formed attachments, but by eight years of age those who were adopted had formed good attachments. Also their social and intellectual development was better than that of children returned to their own families.
Those returned to their natural families (restored) showed more behavioral problems and the attachments were weaker. Nevertheless all those children who had spent their early years in institutions were more attention-seeking from adults and showed some difficulties in their social relationships, particularly with their peers.
Some of these children were interviewed again at 16 years of age, as were their parents and care-workers. They were compared with a new control group as the original control children no longer matched the children in the adopted and restored groups.
Hodges and Tizard found that the adopted children still had good attachments which compared favorably with the control children. Fewer restored children were reported as having good attachments but the children who had been brought up in institutional care had experienced most instability and showed some difficulties in their later attachments.
Conclusion
We can conclude from this evidence that Bowlby was correct to emphasize the importance of the early years, but the effects of delay in the formation of attachments do not necessarily persist into adulthood and lead to affectionless psychopathy, as Bowlby predicted. Indeed, loving relationships and high quality care are necessary to reverse privation effects.
Evaluation:
However, Hodges and Tizard used interviews and questionnaires, both of which can produce answers that are affected by social desirability - the wish to appear in a good light. The responses of those interviewed may have been inaccurate, and this would affect the results.
Another difficulty in this research is that six of the original 51 families of eight-year-olds refused to take part in this later research. It could be that families experiencing more difficulties were more likely to refuse, and this may also apply to the comparison group, because the families who agreed to take part may have been those with fairly good relationships with their 16-year-olds. Thus, the results of the research may be biased due to the sample.
Institutionalized children don’t just suffer emotional privation but also poor physical care such as bad diet and also lack of stimulation.  As a result it is difficult to separate out the effects of privation and of physical care.

e. Conclusion
As an immensely social species, we affect and influence each other in many ways, particularly through our interactions and cultural expectations, both conscious and non-conscious. The study of social psychology examines much of the business of our everyday lives, including our thoughts, feelings, and behaviors we are unaware or ashamed of. The desire to carefully and precisely study these topics, together with advances in technology, has led to the development of many creative techniques that allow researchers to explore the mechanics of how we relate to one another (Jhangiani, R., 2017).




Appendix
Reference:

Admin. (2012). Difference Between Correlational and Experimental Research. Retrieved June 3, 2017, from http://www.differencebetween.com/difference-between-correlational-and-vs-experimental-research/
Allport, G.W. (1998). The historical background of social psychology. In G. Lindzey, & E. Aronson (Eds.), The handbook of social psychology. Oxford: Oxford University Press.
Azlina Abu Bakar @ Mohd. (2015). ABPS1103 Social Psychology. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).
Baron, R. A., Byrne, D., & Suls, J. (1989). Attitides: Evaluating the social world. In Baron et al., Social Psychology (3rd ed., pp. 79-101). MA: Allyn and Bacon.
Gergen, J. K. (1973). Social Psychology As History. Journal of Personality and social Psychology, 26(2), 309-320.
Hale, J. (2011). Understanding Research Methodology 3: Goal of scientific research. Retrieved June 2, 2017, from World of Psychology web site: https://psychcentral.com/blog/archives/2011/04/17/understanding-research-methodology-3-goals-of-scientific-research/
Jhangiani, R. (2017). Research methods in social psychology. In Biswas-Diener & E.Diener (Ed.), Noba textbook series: Psychology. Champaign, IL: DEF publishers.
McLeod, S. (2007). Social Psychology. Retrieved June 1, 2017, from Social Psychology Web site: https://www.simplypsychology.org/social-psychology.html
McLeod, S. (2008). Correlation. Retrieved June 3, 2017, from simplypsychology web site: https://www.simplypsychology.org/correlation.html
McLeod, S. (2012). Experimental Method. Retrieved June 4, 2017, from simplypsychology web site: https://www.simplypsychology.org/experimental-method.html
Myers, D. G. (2008). social psychology (9th ed.). New York: McGraw-Hill.
Paul C. Price, Rajiv S. Jhangiani, and I-Chant A. Chiang. (2015). Research Methods in Psychology. Retrieved June 3, 2017, from BC Open Textbooks: https://opentextbc.ca/researchmethods/chapter/using-theories-in-psychological-research/
Shuttleworth, M. (2009, September 20). Establishing Cause and Effect. Retrieved June 17, 2017, from https://explorable.com/cause-and-effect
Taylor, S. E., Peplau, L. A., & Sears, D. O. (2003). Social psychology (11th ed.). USA: Prentice Hall.
Triplett, N. (1898). The dynamogenic factor in pacemaking and competition. The American Journal of Psychology, 9, 509-533.